
Kenali Jenis-Jenis Masalah Gigi dan Cara Mencegahnya
September 27, 2024Perlukah pergi ke klinik gigi dan minta doktor gigi buang gigi geraham bongsu yang sakit itu ?
Sebelum itu mari kita kenali apa itu gigi geraham bongsu. Gigi geraham bongsu adalah gigi yang terakhir tumbuh di dalam mulut kita.
Ia adalah gigi geraham besar ketiga yang akan tumbuh belakang geraham besar yang kedua. Geraham bongsu mempunyai 4 batang iaitu kiri atas,kanan atas,kiri bawah dan kanan bawah.
Kebiasaannya,keempat-empat geraham bongsu tidak tumbuh secara serentak. Masa pertumbuhan gigi geraham bongsu adalah dalam lingkungan umur 17 tahun-25 tahun.
Tidak semua gigi geraham bongsu tumbuh dengan normal. Adakalanya ia tumbuh dalam keadaan yang tidak dijangka seperti membareng atau menyenget.
Jika gigi bongsu ini tersangkut di bawah gusi atau tidak memiliki ruang yang cukup untuk menembus gusi, akan dianggap tidak normal dan dapat menyebabkan pelbagai permasalahan seperti kerosakan pada gigi yang lainnya.
Apakah itu ‘Impacted’?
‘Impacted’ adalah gigi bongsu terjejas akibat pertumbuhan yang tidak cukup ruang di dalam mulut. Gigi geraham bongsu menghimpit gigi geraham yang berada di depannya dan menyebabkan rasa sakit pada gigi.
Selain itu, gigi bongsu tidak tumbuh dengan sempurna menyebabkan gusi menyelaputi sebahagian gigi. Sementara itu,makanan akan terperangkap dan menyukarkan proses pembersihan gigi. Bagi sesetengah individu,sebahagian gigi bongsu yang terjejas ini boleh menjadi amat menyakitkan.
Simptom ‘Impacted’ Geraham Bongsu
Berikut adalah simptom yang menunjukkan geraham bongsu yang telah terjejas:
- Rasa sakit pada sekitar rahang.
- Gusi bengkak,merah atau berdarah.
- Mulut berbau.
- Mulut rasa tidak selesa.
- Kesukaran membuka mulut.
Pemeriksaan gigi daripada doktor gigi perlu dilakukan jika ada simptom di atas.
Punca Gigi Bongsu ‘Impacted’
Apakah yang menyebabkan gigi geraham bongsu terimpak? Penyebabkan utamanya adalah sesetengah individu mempunyai rahang yang kecil sehingga tidak mempunyai ruang yang cukup untuk geraham bongsu tumbuh.
Ia akan menyebabkan,gigi tersebut tumbuh dengan sudut yang salah yang akan menyebabkan impaksi. Jika keadaan ini berlaku,segera berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.
Punca Gigi Bongsu ‘Impacted’
Apakah yang menyebabkan gigi geraham bongsu terimpak? Penyebabkan utamanya adalah sesetengah individu mempunyai rahang yang kecil sehingga tidak mempunyai ruang yang cukup untuk geraham bongsu tumbuh.
Ia akan menyebabkan,gigi tersebut tumbuh dengan sudut yang salah yang akan menyebabkan impaksi. Jika keadaan ini berlaku,segera berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.
Diagnosis Gigi Geraham Bongsu
Doktor gigi atau pakar bedah oral boleh menilai gigi dan mulut anda untuk menentukan sama ada anda mempuntai masalah gigi bongsu yang terimpak atau jika terdapat faktor lain yang menjadi punca kepada masalah anda. Penilaian tersebut termasuklah:
- Soalan mengenai simptom pergigian dan kesihatan umum anda.
- Pemeriksaan terhadap keadaan gigi dan gusi anda.
- X-ray pergigian yang boleh mendedagkan kehadiran gigi bongsu yang terimpak,serta tanda-tanda sebarang kerosakan gigi atau tulang.
Pembedahan Geraham Bongsu
Bagaimana anda hendak tahu gigi geraham bongsu anda perlu dibedah atau tidak?
- Jangkitan atau penyakit gusi(penyakit periodontal)yang melibatkan gigi bongsu.
- Tumor atau sista yang melibatkan gigi bongsu.
- Gigi bongsu yang menyebabkan kerosakan pada gigi lain.
- Kerosakan pada sebahagian gigi yang mengakibatkan ‘impacted’.



